As-Saaffaat - سورة الصافات - ( Those drawn up in Ranks ) - Read Quran القران الكريم in Malay translation
 
Cheap International Calls
FREE mins! NO FEES. Pinless
Call Instantly. Manage Online
www.MiniCalls.com
Live Stream from Makkah and Madina | Quran Teacher New | Listen Quran Online | Read Quran Online in Uthmani Script | FREE Dictionary

The Quran  in
Show Arabic Text Show All Translations
As-Saaffat | 182 verses | Those who set the ranks | Recitation | Topics | Uthmani Script | Tafsir | Words  سورة الصافات  
Sura #37 | Makkah
1 Demi (hamba-hambaKu) yang berbaris dengan berderet-deret -
 
2 (Hamba-hambaKu) yang melarang (dari kejahatan) dengan sesungguh-sungguhnya -
 
3 (Hamba-hambaKu) yang membaca kandungan Kitab Suci;
 
4 (Sumpah demi sumpah) sesungguhnya Tuhan kamu hanyalah Satu -
 
5 Tuhan (yang mencipta serta mentadbirkan) langit dan bumi dan segala yang ada di antara keduanya dan Tuhan (yang mengatur) tempat-tempat terbit matahari.
 
6 Sesungguhnya Kami telah menghiasi langit yang dekat (pada penglihatan penduduk bumi) dengan hiasan bintang-bintang.
 
7 Dan (Kami pelihara urusan langit itu) dengan serapi-rapi kawalan dari (masuk campur) tiap-tiap Syaitan yang derhaka;
 
8 (Dengan itu) mereka tidak dapat memasang telinga mendengar (percakapan malaikat) penduduk langit dan mereka pula direjam (dengan api) dari segala arah dan penjuru,
 
9 Untuk mengusir mereka dan mereka pula beroleh azab seksa yang tidak putus-putus.
 
10 Kecuali sesiapa di antara Syaitan-syaitan itu yang curi mendengar mana-mana percakapan (malaikat), maka dia diburu dan diikuti (dengan rejaman) api yang menjulang lagi menembusi.
 
11 (Setelah nyata kekuasaan Kami) maka bertanyalah (wahai Muhammad) kepada mereka (yang ingkarkan hidupnya semula orang-orang mati): Adakah diri mereka lebih sukar hendak diciptakan atau makhluk-makhluk lain yang Kami telah ciptakan? Sesungguhnya Kami telah mencipta mereka dari tanah liat (yang senang diubah dan diciptakan semula).
 
12 (Pertanyaan itu tidak juga berfaedah kepada mereka) bahkan engkau merasa hairan (terhadap keingkaran mereka) dan sebaliknya mereka mengejek-ejek (peneranganmu).
 
13 Dan apabila diperingatkan, mereka tetap tidak mahu menerima peringatan itu.
 
14 Dan apabila mereka melihat sesuatu tanda (yang membuktikan kekuasaan Kami dan kebenaranmu), mereka mencari-cari jalan memperolok-olokkannya, -
 
15 Serta mereka berkata: Ini tidak lain hanyalah sihir yang nyata.
 
16 Adakah sesudah kita mati serta menjadi tanah dan tulang, adakah kita akan dibangkitkan hidup semula?
 
17 Dan adakah juga datuk nenek kita yang telah lalu (akan dibangkitkan hidup semula)?
 
18 Jawablah (wahai Muhammad): Ya, benar !(Kamu semua akan dibangkitkan) dengan keadaan hina-dina.
 
19 (Kebangkitan ini mudah) kerana sesungguhnya ia boleh berlaku hanyalah dengan suara sahaja, maka dengan serta mereka semuanya (bangkit) melihat (apa yang akan jadi).
 
20 Dan (pada saat itu) mereka berkata: Wahai celakanya kami, ini ialah hari balasan!
 
21 (Lalu malaikat berkata kepada mereka): Ini ialah hari memutuskan hukum untuk memberi balasan yang dahulu kamu mendustakannya.
 
22 (Allah berfirman kepada malaikat): Himpunkanlah orang-orang yang zalim itu, dan orang-orang yang berkeadaan seperti mereka, serta benda-benda yang mereka sembah -
 
23 Yang lain dari Allah serta hadapkanlah mereka ke jalan yang membawa ke Neraka.
 
24 Dan hentikanlah mereka (menunggu), kerana sesungguhnya mereka akan disoal:
 
25 Mengapa kamu tidak bertolong-tolongan (sebagaimana yang kamu dakwakan dahulu?
 
26 (Mereka pada ketika itu tidak dapat berbuat apa-apa) bahkan mereka pada hari itu menyerah diri dengan hina (untuk diadili);
 
27 Dan masing-masing pun mengadap satu sama lain, sambil kata mengata dan cela mencela.
 
28 Pengikut-pengikut berkata (kepada ketuanya): Sesungguhnya kamu dahulu selalu datang menyekat kami (daripada beriman) dengan menggunakan kuasa kamu.
 
29 Ketua-ketuanya menjawab: (Tidak!) Bahkan kamulah sendiri tidak mahu menjadi orang-orang yang beriman!
 
30 Dan kami (selain daripada mengajak kamu (tidak mempunyai sebarang kuasa memerintah kamu, bahkan kamu sememangnya kaum yang melampaui batas.
 
31 (Dengan keadaan diri kita yang sedemikian) maka tetaplah di atas kita janji seksa (yang dijanjikan) oleh Tuhan kita, bahawa kita semua tentu akan merasai (azab itu).
 
32 (Dengan sebab ketentuan yang tersebut) maka kami pun mengajak kamu menjadi sesat, kerana sebenarnya kami adalah orang-orang sesat
 
33 Maka sesungguhnya mereka semua pada hari itu, menderita azab bersama.
 
34 Sesungguhnya demikianlah Kami melakukan kepada orang-orang yang berdosa.
 
35 Sebenarnya mereka dahulu apabila dikatakan kepadanya; (ketahuilah, bahawa) tiada Tuhan yang sebenar-benarnya melainkan Allah mereka bersikap takbur mengingkarinya, -
 
36 Serta mereka berkata: Patutkah kami mesti meninggalkan tuhan-tuhan yang kami sembah, kerana mendengar ajakan seorang penyair gila?
 
37 (Tidak! Nabi Muhammad bukan penyair dan bukan pula seorang gila) bahkan ia telah membawa kebenaran (tauhid) dan mengesahkan kebenaran (tauhid) yang dibawa oleh Rasul-rasul (yang terdahulu daripadanya).
 
38 Sesungguhnya kamu (wahai orang-orang musyrik) akan merasai azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
 
39 Dan kamu tidak dibalas melainkan (dengan balasan yang sepadan) dengan apa yang kamu telah kerjakan;
 
40 Kecuali hamba-hamba Allah yang dibersihkan dari sebarang syirik,
 
41 Mereka itu beroleh limpah kurnia yang termaklum,
 
42 Iaitu buah-buahan (yang lazat), serta mereka mendapat penghormatan,
 
43 Di dalam Syurga-syurga yang penuh melimpah dengan berjenis-jenis nikmat.
 
44 Mereka duduk berhadap-hadapan di atas pelamin-pelamin kebesaran;
 
45 Diedarkan kepada mereka piala yang berisi arak (yang diambil) dari sungainya yang mengalir,
 
46 Minuman itu putih bersih, lagi lazat rasanya, bagi orang-orang yang meminumnya,
 
47 Ia tidak mengandungi sesuatu yang membahayakan dan tidak pula mereka mabuk kerana menikmatinya.
 
48 Sedang di sisi mereka ada pula bidadari-bidadari yang tidak menumpukan pandangannya melainkan kepada mereka, lagi yang amat indah luas matanya;
 
49 (Putih kekuning-kuningan) seolah-olah mereka telur (Burung Kasawari) yang tersimpan dengan sebaik-baiknya.
 
50 (Tinggallah penduduk Syurga itu menikmati kesenangan), lalu setengahnya mengadap yang lain, sambil berbincang dan bertanya-tanyaan.
 
51 Seorang di antaranya berkata: Sesungguhnya aku (di dunia) dahulu, ada seorang rakan (yang menempelak daku).
 
52 katanya: Adakah engkau juga salah seorang dari golongan yang mengakui benarnya (kebangkitan orang-orang mati pada hari akhirat)?
 
53 Adakah sesudah kita mati dan menjadi tanah dan tulang, adakah kita akan (dihidupkan semula serta) dibalas apa yang telah kita lakukan?
 
54 (Setelah menceritakan perihal rakannya itu) dia berkata lagi: Adakah kamu hendak melihat (keadaan rakanku yang ingkar itu)?
 
55 Maka dia pun memandang (ke arah Neraka), lalu dilihatnya rakannya itu berada ditengah-tengah Neraka yang menjulang-julang.
 
56 Dia pun (menempelaknya dengan) berkata: Demi Allah! Nyaris-nyaris engkau menceburkan daku dalam kebinasaan.
 
57 Dan kalaulah tidak disebabkan nikmat pemberian Tuhanku (dengan hidayat petunjuk), nescaya akan menjadilah daku dari orang-orang yang dibawa hadir (untuk menerima balasan azab).
 
58 (Kemudian dia berkata kepada rakan-rakanya yang sedang menikmati kesenangan di Syurga bersama): Bukankah kita (setelah mendapat nikmat-nikmat ini) tidak akan mati lagi;
 
59 Selain dari kematian kita yang dahulu dan kita juga tidak akan terkena seksa?
 
60 Sesungguhnya (nikmat-nikmat kesenangan Syurga) yang demikian, ialah sebenar-benar pendapatan dan kemenangan yang besar.
 
61 Untuk memperoleh (kejayaan) yang seperti inilah hendaknya orang-orang yang beramal melakukan amal usahanya dengan bersungguh-sungguh (di dunia).
 
62 Manakah yang lebih baik, limpah kurniaan yang termaklum itu atau pokok zaqqum?
 
63 Sesungguhnya Kami jadikan pokok zaqqum itu satu ujian bagi orang-orang yang zalim (di dunia dan azab seksa bagi mereka di akhirat).
 
64 Sebenarnya ia sebatang pohon yang tumbuh di dasar Neraka yang marak menjulang;
 
65 Buahnya seolah-olah kepala Syaitan-syaitan;
 
66 Maka sudah tentu mereka akan makan dari buahnya (sekalipun pahit dan busuk), sehingga mereka memenuhi perut darinya.
 
67 Kemudian, sesungguhnya mereka akan beroleh lagi (selain itu) satu minuman campuran dari air panas yang menggelegak.
 
68 Setelah (mereka dibawa minum) maka tempat kembali mereka tetaplah ke dalam Neraka yang menjulang-julang.
 
69 Sebenarnya mereka telah mendapati datuk nenek mereka berada dalam kesesatan;
 
70 Lalu mereka terburu-buru menurut jejak langkah datuk neneknya.
 
71 Dan demi sesungguhnya, telah sesat juga sebelum kaummu (wahai Muhammad) kebanyakan kaum-kaum yang telah lalu.
 
72 Pada hal, demi sesungguhnya, Kami telahpun mengutus dalam kalangan kaum-kaum itu, Rasul-rasul pemberi amaran.
 
73 Maka lihatlah bagaimana kesudahan orang-orang (yang mendustakan Rasul-rasul Kami) setelah diberi amaran, -
 
74 Kecuali hamba-hamba Allah yang dibersihkan dari sebarang syirik (maka mereka akan terselamat dan mendapat sebaik-baik balasan).
 
75 Dan demi sesungguhnya, Nabi Nuh telah berdoa merayu kepada Kami (memohon pertolongan), maka Kami adalah sebaik-baik yang kabulkan doa permohonan.
 
76 Dan Kami telah selamatkan dia bersama-sama dengan keluarga dan pengikut-pengikutnya, dari kesusahan yang besar.
 
77 Dan Kami jadikan zuriat keturunannya sahaja orang-orang yang tinggal hidup (setelah Kami binasakan kaumnya yang ingkar).
 
78 Dan Kami kekalkan baginya (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian:
 
79 Salam sejahtera kepada Nabi Nuh dalam kalangan penduduk seluruh alam !
 
80 Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan amal-amal yang baik.
 
81 Sesungguhnya Nabi Nuh itu dari hamba-hamba Kami yang beriman.
 
82 Kemudian Kami tenggelamkan golongan yang lain (yang mendustakannya).
 
83 Dan sesungguhnya di antara orang-orang yang menegakkan (ajaran yang dibawa oleh) Nabi Nuh ialah Nabi Ibrahim.
 
84 Ketika dia mematuhi perintah tuhannya dengan hati yang suci murni.
 
85 Ketika dia berkata kepada bapanya dan kaumnya: Apa yang kamu sembah?
 
86 Patutkah kamu menyembah tuhan-tuhan yang lain dari Allah, kerana kamu memutar belitkan kebenaran semata-mata (bukan kerana benarnya)?
 
87 Maka bagaimana fikiran kamu pula terhadap Allah Tuhan sekalian alam?
 
88 Kemudian dia memandang dengan satu renungan kepada bintang-bintang (yang bertaburan di langit),
 
89 Lalu berkata: Sesungguhnya aku merasa sakit (tak dapat turut berhari raya sama).
 
90 Setelah (mendengar kata-katanya) itu, mereka berpaling meninggalkan dia.
 
91 Lalu dia pergi kepada berhala-berhala mereka secara bersembunyi, serta dia bertanya (kepada berhala-berhala itu, secara mengejek-ejek): Mengapa kamu tidak makan?
 
92 Mengapa kamu tidak menjawab?
 
93 Lalu dia memukul berhala-berhala itu dengan tangan kanannya (sehingga pecah berketul-ketul).
 
94 (Setelah kaumnya mengetahui hal itu) maka datanglah mereka beramai-ramai kepadanya.
 
95 (Bagi menjawab bantahan mereka), dia berkata: Patutkah kamu menyembah benda-benda yang kamu pahat?
 
96 Padahal Allah yang mencipta kamu dan benda-benda yang kamu buat itu!
 
97 (Setelah tak dapat berhujah lagi, ketua-ketua) mereka berkata: Binalah untuk Ibrahim sebuah tempat (untuk membakarnya), kemudian campakkan dia ke dalam api yang menjulang-julang itu.
 
98 Maka mereka (dengan perbuatan membakar Nabi Ibrahim itu) hendak melakukan angkara yang menyakitinya, lalu Kami jadikan mereka orang-orang yang terkebawah (yang tidak berjaya maksudnya).
 
99 Dan Nabi Ibrahim pula berkata: Aku hendak (meninggalkan kamu) pergi kepada Tuhanku, Dia akan memimpinku (ke jalan yang benar).
 
100 Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh!
 
101 Lalu Kami berikan kepadanya berita yang menggembirakan, bahawa dia akan beroleh seorang anak yang penyabar.
 
102 Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?. Anaknya menjawab: Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar.
 
103 Setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu) dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah, (Kami sifatkan Ibrahim dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah Kami),
 
104 Serta Kami menyerunya: Wahai Ibrahim!
 
105 Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu. Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan.
 
106 Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata;
 
107 Dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar;
 
108 Dan Kami kekalkan baginya (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian:
 
109 Salam sejahtera kepada Nabi Ibrahim!.
 
110 Demikianlah Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan.
 
111 Sesungguhnya Nabi Ibrahim itu dari hamba-hamba Kami yang beriman.
 
112 Dan Kami pula berikan kepadanya berita yang menggembirakan, bahawa dia akan beroleh (seorang anak): Ishak, yang akan menjadi Nabi, yang terhitung dari orang-orang yang soleh.
 
113 Dan Kami limpahi berkat kepadanya dan kepada (anaknya): Ishak dan di antara zuriat keturunan keduanya ada yang mengerjakan kebaikan dan ada pula yang berlaku zalim dengan nyata, terhadap dirinya sendiri.
 
114 Dan demi sesungguhnya! Kami telah melimpahkan nikmat pemberian kepada Nabi Musa dan Nabi Harun.
 
115 Dan Kami selamatkan keduanya dan kaumnya dari kesusahan yang besar;
 
116 Dan Kami menolong mereka sehingga menjadilah mereka orang-orang yang berjaya mengalahkan (lawannya);
 
117 Dan Kami berikan kepada keduanya Kitab Suci yang amat jelas keterangannya;
 
118 Dan Kami berikan hidayat petunjuk kepada keduanya ke jalan yang lurus.
 
119 Dan Kami kekalkan bagi keduanya (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian:
 
120 Salam sejahtera kepada Nabi Musa dan Nabi Harun!
 
121 Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan.
 
122 Sesungguhnya mereka berdua adalah dari hamba-hamba Kami yang beriman.
 
123 Dan sesungguhnya Nabi Ilyas adalah dari Rasul-rasul (Kami) yang diutus.
 
124 (Ingatkanlah peristiwa) ketika dia berkata kepada kaumnya: Hendaklah kamu mematuhi suruhan Allah dan menjauhi laranganNya.
 
125 Patutkah kamu menyembah berhala Ba'la dan kamu meninggalkan (ibadat kepada) sebijak-bijak pencipta?
 
126 Iaitu Allah Tuhan kamu dan Tuhan datuk nenek kamu yang telah lalu!
 
127 Maka mereka mendustakannya; akibatnya mereka tetap akan dibawa hadir (untuk diseksa),
 
128 Kecuali hamba-hamba Allah yang dibersihkan dari sebarang syirik (maka mereka akan terselamat dan mendapat sebaik-baik balasan).
 
129 Dan Kami kekalkan bagi Nabi Ilyas (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian:
 
130 Salam sejahtera kepada Nabi Ilyas!
 
131 Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan.
 
132 Sesungguhnya Nabi Ilyas itu dari hamba-hamba Kami yang beriman.
 
133 Dan sesungguhnya Nabi Lut adalah dari Rasul-rasul (Kami) yang diutus.
 
134 (Ingatkanlah peristiwa) ketika kami selamatkan dia dan keluarga serta pengikut-pengikutnya semuanya,
 
135 Kecuali seorang perempuan tua tertinggal dalam golongan yang dibinasakan.
 
136 Kemudian Kami hancurkan yang lain (dari pengikut-pengikut Nabi Lut).
 
137 Dan sesungguhnya kamu (yang menentang Nabi Muhammad): Berulang-alik (melalui bekas-bekas tempat tinggal) mereka, semasa kamu berada pada waktu pagi.
 
138 Dan juga pada waktu malam; maka mengapa kamu tidak mahu memikirkannya?.
 
139 Dan sesungguhnya Nabi Yunus adalah dari Rasul-rasul (Kami) yang diutus.
 
140 (Ingatkanlah peristiwa) ketika dia melarikan diri ke kapal yang penuh sarat.
 
141 (Dengan satu keadaan yang memaksa) maka dia pun turut mengundi, lalu menjadilah dia dari orang-orang yang kalah yang digelungsurkan (ke laut).
 
142 Setelah itu dia ditelan oleh ikan besar, sedang dia berhak ditempelak.
 
143 Maka kalaulah dia bukan dari orang-orang yang sentiasa mengingati Allah (dengan zikir dan tasbih),
 
144 Tentulah dia akan tinggal di dalam perut ikan itu hingga ke hari manusia dibangkitkan keluar dari kubur.
 
145 Oleh itu Kami campakkan dia keluar (dari perut ikan) ke tanah yang tandus (di tepi pantai), sedang dia berkeadaan sakit.
 
146 Dan Kami tumbuhkan (untuk melindunginya) sebatang pokok yang berdaun lebar.
 
147 Dan (Nabi Yunus yang tersebut kisahnya itu) Kami utuskan kepada (kaumnya yang seramai) seratus ribu atau lebih.
 
148 (Setelah berlaku apa yang berlaku) maka mereka pun beriman, lalu Kami biarkan mereka menikmati kesenangan hidup hingga ke suatu masa (yang ditetapkan bagi masing-masing).
 
149 (Oleh sebab ada di antara kaum musyrik Arab yang mendakwa bahawa malaikat itu anak-anak perempuan Allah) maka bertanyalah (wahai Muhammad) kepada mereka itu: Adilkah mereka membahagi untuk Tuhanmu anak-anak perempuan dan untuk mereka anak-anak lelaki?
 
150 Atau adakah mereka hadir sendiri menyaksikan Kami mencipta malaikat-malaikat itu perempuan?
 
151 Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya, dengan sebab terpesongnya dari kebenaran, mereka berkata:
 
152 Allah beranak; sedang mereka, sesungguhnya adalah orang-orang yang berdusta!
 
153 (Patutkah kamu mendakwa bahawa Tuhan mempunyai anak dan anak itu pula ialah anak-anak perempuan yang kamu tidak sukai?) Adakah Tuhan memilih serta mengutamakan anak-anak perempuan dari anak-anak lelaki (sedang kedua-dua jenis itu Dialah yang menciptakannya)?
 
154 Apa sudah jadi kamu? Bagaimana kamu menetapkan hukum (yang terang-terang salahnya itu)?
 
155 Setelah ditegur, maka tidakkah kamu mahu berusaha mengingatkan (bahawa Allah mustahil bagiNya anak-pinak)?
 
156 Atau adakah kamu mempunyai sebarang bukti yang nyata (menerangkan bahawa malaikat itu anak-anak perempuan Allah)?
 
157 (Kiranya ada) maka bawalah kitab kamu (yang menerangkan demikian), jika betul kamu orang-orang yang benar.
 
158 (Mereka telah mengatakan perkara yang mustahil) serta mengadakan pertalian kerabat di antara Allah dan malaikat, padahal demi sesungguhnya malaikat itu sedia mengetahui bahawa sebenarnya orang-orang yang melakukan demikian akan dibawa hadir (ke dalam azab pada hari akhirat).
 
159 Maha Suci Allah dari apa yang mereka katakan itu!
 
160 Kecuali hamba-hamba Allah yang dibersihkan dari sebarang syirik, (maka mereka akan terselamat dan akan mendapat sebaik-baik balasan).
 
161 Maka sebenarnya kamu (wahai orang-orang musyrik) dan apa yang kamu sembah itu.
 
162 Tidak akan dapat merosakkan perhubungan seseorang dengan Tuhannya;
 
163 Kecuali orang-orang yang telah ditetapkan bahawa dia akan dibakar di dalam Neraka yang menjulang-julang.
 
164 (Malaikat pula menegaskan pendirian mereka dengan berkata): Dan tiada sesiapapun dari kalangan kami melainkan ada baginya darjat kedudukan yang tertentu (dalam menyempurnakan tugasnya);
 
165 Dan sesungguhnya kamilah yang sentiasa berbaris (menjunjung perintah dan beribadat),
 
166 Dan sesungguhnya kamilah yang sentiasa bertasbih (mensucikan Allah dari sebarang sifat kekurangan)!
 
167 Dan sebenarnya mereka (yang musyrik) itu dahulu pernah berkata:
 
168 Kalaulah ada di sisi kami Kitab Suci dari (bawaan Rasul-rasul) yang telah lalu
 
169 Tentulah kami akan menjadi hamba-hamba Allah yang dibersihkan dari sebarang syirik!
 
170 (Setelah Al-Quran diturunkan kepada mereka) mereka mengingkarinya; oleh itu mereka akan mengetahui kelak (akibat kekufurannya).
 
171 Dan demi sesungguhnya! Telah ada semenjak dahulu lagi, ketetapan Kami, bagi hamba-hamba Kami yang diutus menjadi Rasul -
 
172 Bahawa sesungguhnya merekalah orang-orang yang diberikan pertolongan mencapai kemenangan
 
173 Dan bahawasanya tentera Kami (pengikut-pengikut Rasul), merekalah orang-orang yang mengalahkan (golongan yang menentang kebenaran).
 
174 Oleh itu berpalinglah (wahai Muhammad) dari mereka, (jangan hiraukan celaan mereka serta bersabarlah) hingga ke suatu masa.
 
175 Dan lihat (apa yang akan menimpa) mereka; tidak lama kemudian mereka akan melihat (kemenangan yang telah Kami tetapkan untukmu).
 
176 Maka tidaklah patut mereka meminta disegerakan azab (yang telah ditetapkan oleh) Kami!
 
177 Kerana apabila azab itu turun dalam daerah dan kawasan mereka, sudah tentu buruklah hari orang-orang yang tidak mengindahkan amaran yang telah diberikan.
 
178 Dan berpalinglah (wahai Muhammad) dari mereka, (jangan hiraukan celaan mereka serta bersabarlah) hingga ke suatu masa.
 
179 Dan lihatlah (apa yang akan jadi); tidak lama kemudian, mereka pun akan melihat juga.
 
180 Akuilah kesucian Tuhanmu, Tuhan yang mempunyai keagungan dan kekuasaan, dari apa yang mereka katakan!
 
181 Dan (ucaplah) salam sejahtera kepada sekalian Rasul.
 
182 Serta (ingatlah bahawa) segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam.
 







Listen Quran Recitation
Mishary Rashed al-Efasy Prophet's Mosque (4 Reciters)
Mohammed Siddiq Al Minshawy Abdullah Basfar
Muhammad Aiyub Sodais and Shuraim





Use the following code to display the Quran Search Box in your website


Quran Teacher New


Advertisements
Quran Teacher for iPhone/iPad - FREE
Learn to read the Quran on your iPhone and iPad from Quran Teacher FREE.

Download FREE Dictionary having sound on Mobile Phones:


1- English Arabic Dictionary for iPhone/iPod/iPad | Android

2- English Urdu Dictionary for iPhone/iPod/iPad | Android

3- English Audio Dictionary for iPhone/iPod/iPad | Android

4- English Idioms Dictionary for iPhone/iPod/iPad | Android

5- English Synonyms Dictionary iPhone/iPod/iPad | Android

6- English Russian Dictionary for iPhone/iPod/iPad | Android

7- English French Dictionary for iPhone/iPod/iPad | Android

8- English Spanish Dictionary for iPhone/iPod/iPad | Android

9- English Japanese Dictionary for iPhone/iPod/iPad | Android

10- English German Dictionary for iPhone/iPod/iPad | Android

11- English Arabic Medicine Dictionary for iPhone/iPod/iPad | Android

12-English Arabic Technical Dictionary for iPhone/iPod/iPad | Android

Quran Auto Reciter - FREE
Read the Quran in Arabic, English and Urdu. Listen the Quran from a vast choice of famous reciters. (Ms Windows 98/2000/XP/Vista/7/8)
www.searchtruth.com

Cheap International Calls
FREE mins! NO FEES. Pinless
Call Instantly. Manage Online
www.MiniCalls.com

Azan Times For Worldwide Prayers For Mobile Phones - FREE
Listen Automatic Azan (Athan) on every prayer time in mobile phone.
www.searchtruth.com

99 Names of Allah for Mobile Phone - FREE
Read, Search and Listen the 99 names of Allah with a reference of each name in Quran.
www.searchtruth.com

Hadith Qudsi For Mobile Phones - FREE
Read the collection of 40 Hadith Qudsi on the Mobile phone.
www.searchtruth.com

Athan Software for Windows (98, 2000, XP, Vista, 7, 8) - FREE
Listen Automatic Athan on every prayer time in your computer now.
www.islamicfinder.org

Dowload Quran Recitation for Mobile Phones - FREE
Listen the Quran recitation in your Mobile Phones.
www.searchtruth.com

Islamic Supplications Dua Prayers For Mobile Phones
Read the Islamic Supplications Dua on the mobile phone.
www.searchtruth.com

Download Free Dictionary on Mobile Phones for Arabic, Urdu, English, Idioms, Synonyms, French, Spanish, Medicine, Technical, German, Japanese and Russian.


Quran | Hadith | Download | Free Code | Words | Learn Arabic | Watch Islamic Channels | App Store | Baby Names | About Islam | Contact us

         




Copyright © 2014 SearchTruth.com. All rights reserved.