| 1 | Wahai orang yang berselimut!
| |
| |
| 2 | Bangunlah serta berilah peringatan dan amaran (kepada umat manusia).
| |
| |
| 3 | Dan Tuhanmu, maka ucaplah dan ingatlah kebesaranNya!
| |
| |
| 4 | Dan pakaianmu, maka hendaklah engkau bersihkan.
| |
| |
| 5 | Dan segala kejahatan, maka hendaklah engkau jauhi.
| |
| |
| 6 | Dan janganlah engkau memberi (sesuatu, dengan tujuan hendak) mendapat lebih banyak daripadanya.
| |
| |
| 7 | Dan bagi (menjalankan perintah) Tuhanmu, maka hendaklah engkau bersabar (terhadap tentangan musuh)!
| |
| |
| 8 | Kerana apabila telah ditiup sangkakala,
| |
| |
| 9 | Maka saat yang demikian adalah saat (berlakunya) hari yang sukar -
| |
| |
| 10 | Kepada orang-orang kafir, lagi tidak mudah (mengelak azabnya).
| |
| |
| 11 | (Jangan engkau bimbang wahai Muhammad) biarkanlah Aku sahaja membalas orang (yang menentangmu) yang Aku ciptakan dia (dalam keadaan) seorang diri (tidak berharta dan anak pinak),
| |
| |
| 12 | Dan Aku jadikan baginya harta kekayaan yang banyak,
| |
| |
| 13 | Serta anak pinak (yang ramai), yang sentiasa ada di sisinya.
| |
| |
| 14 | Dan Aku mudahkan baginya (mendapat kekayaan dan kekuasaan) dengan semudah-mudahnya.
| |
| |
| 15 | Kemudian dia ingin sangat, supaya Aku tambahi lagi;
| |
| |
| 16 | Tidak sekali-kali (akan ditambahi)! Kerana sesungguhnya dia menentang dengan degilnya akan ayat-ayat Kami (Al-Quran, yang disampaikan oleh Rasul Kami).
| |
| |
| 17 | Aku akan menyeksanya (dengan azab) yang memuncak beratnya.
| |
| |
| 18 | Kerana sesungguhnya dia telah memikirkan dan mereka-reka berbagai tuduhan terhadap Al-Quran) -
| |
| |
| 19 | Maka binasalah dia hendaknya! Bagaimanakah dia berani mereka-reka (yang demikian)?
| |
| |
| 20 | Sekali lagi: Binasalah dia hendaknya! Bagaimana dia berani mereka-reka (tuduhan-tuduhan itu)?
| |
| |
| 21 | Kemudian dia merenung dan memikirkan (berkali-kali: Jalan-jalan mencaci Al-Quran, tetapi dia gagal);
| |
| |
| 22 | Setelah itu dia memasamkan mukanya serta dia bertambah masam berkerut;
| |
| |
| 23 | Kemudian dia berpaling (dari kebenaran) dan berlaku sombong angkuh,
| |
| |
| 24 | Serta dia berkata: (Al-Quran) ini tidak lain hanyalah sihir yang dituntut serta dipelajari (dari ahli-ahlinya);
| |
| |
| 25 | Ini tidak lain hanyalah kata-kata (rekaan) manusia!
| |
| |
| 26 | (Disebabkan kekufurannya itu) Aku akan masukkan dia ke dalam Neraka Saqar.
| |
| |
| 27 | Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan Neraka Saqar itu?
| |
| |
| 28 | Ia membakar mangsanya dengan tidak meninggalkan sisa dan tidak membiarkannya (binasa terus)
| |
| |
| 29 | Ia terus-menerus membakar kulit manusia!
| |
| |
| 30 | Pengawal dan penjaganya adalah sembilan belas (malaikat).
| |
| |
| 31 | Dan (ketahuilah bahawa hikmat) Kami tidak menjadikan pengawal-pengawal Neraka itu melainkan (dari kalangan) malaikat, (kerana merekalah sekuat-kuat dan sebenar-benar makhluk yang menjalankan perintah Kami) dan (hikmat) Kami tidak menerangkan bilangan mereka melainkan dengan satu bilangan yang menyebabkan kesesatan dan kesengsaraan orang-orang kafir itu, supaya orang-orang yang diberi Kitab (Yahudi dan Nasrani) boleh percaya dengan yakin (akan kebenaran Al-Quran) dan supaya orang-orang yang beriman bertambah imannya dan juga supaya orang-orang yang diberi Kitab dan orang-orang yang beriman itu tidak ragu-ragu (tentang kebenaran keterangan itu) dan (sebaliknya) supaya orang-orang (munafik) yang ada penyakit (ragu-ragu) dalam hatinya dan orang-orang kafir berkata: Apakah yang di maksudkan oleh Allah dengan menyebutkan bilangan ganjil ini? Demikianlah Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) dan memberi hidayat petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) dan tiada yang mengetahui tentera Tuhanmu melainkan Dialah sahaja. Dan (ingatlah, segala yang diterangkan berkenaan dengan) Neraka itu tidak lain hanyalah menjadi peringatan bagi manusia.
| |
| |
| 32 | Sebenarnya! Demi bulan,
| |
| |
| 33 | Dan malam apabila ia balik melenyapkan diri,
| |
| |
| 34 | Dan waktu subuh apabila ia terang-benderang,
| |
| |
| 35 | Sesungguhnya Neraka Saqar itu adalah salah satu (malapetaka) yang amat besar,
| |
| |
| 36 | Yang menjadi amaran bagi umat manusia,
| |
| |
| 37 | (Iaitu) bagi sesiapa di antara kamu yang mahu maju (dalam mengerjakan kebaikan) atau yang mahu mundur (daripada mengerjakannya).
| |
| |
| 38 | Tiap-tiap diri terikat, tidak terlepas daripada (balasan buruk bagi amal jahat) yang dikerjakannya,
| |
| |
| 39 | Kecuali puak Kanan,
| |
| |
| 40 | (Mereka ditempatkan) di dalam Syurga (yang penuh nikmat), mereka bertanya-tanya,
| |
| |
| 41 | Tentang (tempat tinggal) orang-orang yang bersalah,
| |
| |
| 42 | (Setelah melihat orang-orang yang bersalah itu, mereka berkata): Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam (Neraka) Saqar?
| |
| |
| 43 | Orang-orang yang bersalah itu menjawab: Kami tidak termasuk dalam kumpulan orang-orang yang mengerjakan sembahyang;
| |
| |
| 44 | Dan kami tidak pernah memberi makan orang-orang miskin;
| |
| |
| 45 | Dan kami dahulu selalu mengambil bahagian memperkatakan perkara yang salah, bersama-sama orang-orang yang memperkatakannya;
| |
| |
| 46 | Dan kami sentiasa mendustakan hari pembalasan,
| |
| |
| 47 | Sehinggalah kami didatangi oleh perkara yang tetap diyakini.
| |
| |
| 48 | Maka tidak akan berguna kepada mereka sebarang syafaat pertolongan (kalaulah ditakdirkan ada) sesiapa yang boleh memberikan syafaat itu.
| |
| |
| 49 | (Kalau demikianlah halnya orang-orang yang bersalah), maka mengapa mereka berpaling lari dari peringatan (Al-Quran) ?
| |
| |
| 50 | Seolah-olah mereka sekawan keldai liar yang lari,
| |
| |
| 51 | Melarikan diri (ketakutan) dari singa!
| |
| |
| 52 | (Mereka tidak merasa cukup dengan peringatan itu) bahkan tiap-tiap seorang di antaranya mahu supaya diberi kepadanya lembaran surat yang terbuka (yang diturunkan dari langit untuk dibaca oleh mereka sendiri).
| |
| |
| 53 | Sebenarnya! (Bukan kerana kemahuan mereka tidak berhasil), bahkan mereka (tidak percaya dan) tidak takut akan hari akhirat.
| |
| |
| 54 | Ketahuilah! Sesungguhnya Al-Quran itu adalah satu peringatan (yang sangat besar pengajarannya);
| |
| |
| 55 | Oleh itu sesiapa yang mahu (beringat) dapatlah dia mengambil peringatan daripadanya.
| |
| |
| 56 | Dan (dalam pada itu) tiadalah mereka dapat beringat melainkan jika dikehendaki Allah; Dialah Tuhan yang berhak dipatuhi perintahNya dan Dialah jua yang berhak memberi keampunan (kepada orang-orang yang beriman dan taat).
| |
| |