سورة الإنشقاق |
84. Al-Inshiqaaq | 25 verses | The Splitting Open | MeccanSearch | Recitation | Topics | Uthmani Script | Words | Quran Teacher |
1. Apabila langit terbelah,
| |
2. Serta mematuhi perintah Tuhannya dan sudah semestinya ia patuh;
| |
3. Dan apabila bumi diratakan,
| |
4. Serta mengeluarkan apa yang di dalamnya dan menjadi kosong,
| |
5. Serta mematuhi perintah Tuhannya dan sudah semestinya ia patuh; (Maka pada saat itu tiap-tiap seorang akan mengetahui apa yang telah dilakukannya).
| |
6. Wahai manusia! Sesungguhnya engkau sentiasa berpenat-lelah (menjalankan keadaan hidupmu) dengan sedaya upayamu hinggalah (semasa engkau) kembali kepada Tuhanmu, kemudian engkau tetap menemui balasan apa yang engkau telah usahakan itu (tercatit semuanya).
| |
7. Kemudian sesiapa yang diberi menerima surat amalnya dengan tangan kanannya;
| |
8. Maka dia akan dihisab dengan cara yang mudah dan ringan,
| |
9. Dan dia akan pergi kepada keluarganya (yang beriman) dengan sukacita.
| |
10. Dan sesiapa yang diberi menerima surat amalnya (dengan tangan kiri), dari sebelah belakangnya,
| |
11. Maka dia akan meraung menyebut-nyebut kebinasaannya,
| |
12. Dan dia akan menderita bakaran Neraka yang marak menjulang.
| |
13. Sebenarnya dia semasa di dunia dahulu bersukaria dalam kalangan keluarganya (yang juga kufur ingkar)!
| |
14. Sesungguhnya dia menyangka bahawa dia tidak sekali-kali akan kembali (kepada Kami untuk menerima balasan)!
| |
15. (Sangkaannya itu tidak betul) bahkan dia tetap kembali! Sesungguhnya Tuhannya sentiasa Melihat dan Mengetahui keadaannya!
| |
16. Maka Aku bersumpah, demi mega;
| |
17. Dan malam serta segala yang dihimpunkannya;
| |
18. Dan bulan apabila (penuh cahayanya) menjadi purnama:
| |
19. Sesungguhnya kamu tetap melalui beberapa keadaan yang bertingkat-tingkat baik buruknya, (sebelum kamu menemui Tuhan, menerima kesenangan dan kebahagiaan atau sebaliknya)
| |
20. Maka apakah alasan bagi mereka bersikap tidak mahu beriman?
| |
21. Dan (apakah pula alasannya) apabila dibacakan Al-Quran kepada mereka, mereka tidak mahu taat dan sujud?
| |
22. (Tidak ada satu alasan pun) bahkan orang-orang yang kafir, semata-mata mendustakannya;
| |
23. Sedang Allah mengetahui apa yang mereka rahsiakan dalam hati.
| |
24. Maka khabarkanlah kepada mereka dengan azab yang tidak terperi sakitnya;
| |
25. Tetapi orang-orang yang beriman dan beramal soleh mereka beroleh pahala balasan yang tidak putus-putus.
|
Listen Quran Recitation |
Mishary Rashed al-Efasy |
Prophet's Mosque (4 Reciters) |
Mohammed Siddiq Al Minshawy |
Abdullah Basfar |
Muhammad Aiyub |
Sodais and Shuraim |